Friday 13 January 2012

Balutan penuh kasih sayang

Salam hujung minggu, lagi sekali gerobok besar keluarkan bedung atas permintaan, bedung ini dijadikan hadiah khas buat baby yg baru lahir, bedung dari cotton yang sangat lembut, selesa dan tidak panas untuk baby yang baru lahir. Sangat comel dan bebidang besar, sesuai untuk baby yg lahir 3kg keatas. No more kain batik ok. Hehehe ada kawan beritahu kalau balut menggunakan kain batik, baby rasa panas. Sebab material kain batik tersebut...
Gerobok besar ucapkan tahniah buat Asif dan Jaja diatas kehadiran puteri sulung mereka.

Monday 2 January 2012

Caftan lagi

Alhamdulillah.. Sempena 2012, dah ada tempahan caftan untuk tema wedding, lilac dan hijau. Baju yg dah siap masih tak sempat nak ambil gambar, tapi kain utk lilac dan hijau je boleh nak upload.

Kepada pengunjung blog ini, gerobok besar ucapkan selamat tahun baru 2012, moga perjalanan kita pada tahun ini akan lancar, dan sama-sama kita kecapi kejayaan.