Saturday 29 October 2011

Skirt

Akhirnya siap skirt utk wawa, ayah dia request skirt labuh. Combination lawn cotton and cotton silk, terhasil nyer skirt wawa.. Rasa sgt comel... Harap wawa suka

Jahit Tepi Tudung

Harap tuan punya tudung suka, tudung bawal, tepi tudung dijahit bersulam kecil. Nampak cantik dan berat, jadi bila pakai nampak terletak, nak lagi cantik, boleh letak batu berkalap kelip...
Tiba hati terdetik nak ada satu atau dua helai yg mcm ni, nampak lain dari yg lain.. So we call it, limited edition.. Hehehhe

Monday 24 October 2011

Tender baru dapat

Yes! Dapat tender menjahit... Tadaaa... Jahit kaki seluar adik perempuan saya.
Dah siap, ambil masa 5 minit.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday 21 October 2011

Peringkat awal penglibatan dalam alam menjahit

Salam hujung minggu semua...
Yes, bila mula menjahit? Seawal umur 17 tahun, jahit baju sekolah sendiri, kain sekolah sendiri.. Tapi, masa tingkatan 2&3 dah start buat tudung sekolah sendiri.. Tudung tu senang je kan, memang ikut peredaran masa tu, jahit tudung guna tangan je, apa yer nama jahitan tu, tak pasti pula.. Tp jahitan memang kemas(puji diri sendiri). Dari mana belajar?? Masa dari kecil, mak cik dan arwah tok mak memang ambil upah menjahit, dan masa pertengahan tahun 80an, org dulu2 gunting kain utk baju kurung pakai siat/ koyak. Dah tanda di mana nak buat potongan utk badan, then gunting hujung kain kedalaman seinci, kemudian siat sepanjang mana yg kita nak, ikut ukuran.. Dan kalau kain tu licin. Gunting sikit, then ambik selembar benang, then tarik sikit.. Sampai kedut-kedut nampak urat benang, then potong ikut urat benang tu..(Mencabar kan) itu lah org dulu2. Tak ada pakai kapur n pembaris. Memang asli ikut urat benang.. Setengah hari diperlukan utk memotong kain kalau kain tu licin. Dari mengadap makcik potong kain, itulah saya belajar nak potong kain. Lama-lama tengok kain rasa teruja, so beranikan diri utk mencuba. Jeng jeng.. Jd juga baju sekolah sendiri.
Untuk buat baju kurung putih, perlukan 2meter kain, beli dalam harga rm2.50-3.50 kalau tak silap. Murah kan? Hehehhe tu yg ada 3-4 helai baju... Sbb jahit sendiri.. Dulu curi-curi guna mesin jahit mak. Mcm ni la lebih kurang modelnya... Kayuh pakai kaki. Tak sempat nak simpan gambar mesin jahit tok mak, kalau nak menjahit boleh bersila, sebab kayuh pakai tangan je.. Nanti saya cuba google kalau-kalau terjumpa. Sekian...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday 17 October 2011

Broach

Yes, broach ni cantik, memang susah nak dpt kat malaysia, kecuali ada org bawak dari negara jiran. Sesiapa berminat, boleh email gerobokbesar@gmail.com

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lagi satu!!

Grand gitu.. Raya haji ada dua pasang baju.. Dan akan menyusul beberapa pasang lagi, dan lagi.. Penampilan itu penting.. Hahahah.. Nampak mcm warna tua.. Tp bila pakai, nampak ayu... Memang cari warna gelap, sebab utk nampak lebih menawan(hitam itu menawan) hahahaha
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Baju Raya

Opsss, baju ni baju raya puasa... Tapi tak sempat nak siapkan atas sebab-sebab(sebab buat2 bz.. Makan, tido, jalan2) dah terlepas raya puasa.. Kita carry forward ke raya haji.. Wahh carry forward gitu. Jahitan kemas(puji diri sendiri) sebab kalau tak kemas, memang tak akan jadi baju. Opss.. Kain ni beli kat jackel, punyalah nak cari jalur-jalur, jadi ambil jalur paling kecil, paling halus jalurnya.. Supaya akan ada penipuan ilusi pada yg melihat sipemakainya, siapakah itu? Saya lah.. Bab jahit baju, memang kena penuhi citarasa sendiri(citarasa kemas). Kalau tak memenuhi, alamatnya.. Tak der lah jatuh cinta kat baju tu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday 11 October 2011

Tayar dan Skrew

Alahai.. Skrew ni nak juga berjalan-jalan...sebab tak boleh nak jalan sendiri, dia lekat kat tayar kereta saya.. Nasib baik tak bocor..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday 10 October 2011

Seluar tido dan sarung plastik tisu

Yes, dah siap. Ini dinamakan kerja-kerja untuk menghangatkan mesin jahit. Tadaaa...

Untuk sarung tisu dapat ilham bila tisu masuk dalam handbag, mesti menjadi mangsa pergolakkan(bukan somalia je ada pergolakkan) dalam handbag pun ada. So tisu yg ada tu mcm jd lunyai.. Hehehhe so Lawn cotton tu siap ada pengeras, so tisu yg terletak di dalam sarung yg baru tu nampak terjaga. Kiranya ada pertahanan dari pergolakkan antara pen, purse, charger bb, kertas ntah apa-apa je.. Lepas ni nak ubah sikit pattern, nak letak apa? Hehehhe apa-apa je.. Ada sebarang suggestion? Kalau ada, sila buat sarung tisu tu then kita exchange(bagus tak idea?). Nampaknya sampai di sini... Tengah cari foot tk jahit 4 kain lycra cotton dari vietnam ni. Nak buat tudung.. Limited edition.. Walllaaa...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Yes, label dah siap.. Rasa sangat comel.. Ramai kawan-kawan tanya, apa maksud gerobok, gerobok tu maksudnya almari, almari saya memang besar, macam-macam ada untuk dikongsi bersama kawan-kawan... Mula-mula telekung tu jadi model untuk label.. Horeyyy
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.